Sorting by

×

KETUA MENTERI SAMPAIKAN KUPON RAKYAT UNTUK ORANG TANJUNG BIDARA 

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

TANJUNG BIDARA 26 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak pernah berhenti daripada memikirkan pelbagai inisiatif dalam usaha beliau membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Terbaharu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara menyerahkan  678 Kupon Rakyat kepada 11 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta empat wakil persatuan nelayan untuk diagihkan kepada golongan amat memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Orang Tanjung Bidara sentiasa dekat di hati saya. Hujung minggu ini saya meluangkan waktu bukan sahaja untuk bersarapan bersama warga DUN Tanjung Bidara di Kedai Minum Sidang Rashid, Pengkalan Balak, tetapi beramah mesra dan menyelami denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi selain mengedarkan Kupon Rakyat.

“Inisiatif ini diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian dan memberi manfaat terus kepada keluarga yang memerlukan,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Img 20251026 wa0012
KEMESRAAN Ab Rauf ketika menikmati saranan pagi bersama rakyat. Foto Pejabat Ketua Menteri

Usai bersarapan Ketua Menteri kemudian menziarahi warga emas, Rasimah Mamat di Kampung Pengkalan Balak melalui program Ziarah Kasih.

Dalam pertemuan itu Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan serta barangan keperluan asas sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan perhatian.

“Semoga segala usaha ini dipermudahkan Allah SWT dan terus membawa keberkatan buat seluruh rakyat Melaka. Kerajaan terus komited menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk menyantuni rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

257
Kongsi :
Previous post WRUR: 220 ADUAN DITERIMA, ISU HAKISAN DAN INFRASTRUKTUR ANTARA FOKUS
Next post PERARAKAN PERAHU BERHIAS MAMPU TARIK PELANCONG KE TELOK BEREMBANG