Sorting by

×

KETUA MENTERI SANTUNI 100 ASNAF DI KAMPUNG BALIK BATU

Masa Membaca:33 Saat

TANJUNG BIDARA 15 Mac – Kegembiraan dan rasa syukur jelas terpancar di riak wajah 100 asnaf di Kampung Balik Batu apabila mereka disantuni Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ia bersempena Program Kasih Ramadan 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Pada santunan mesra itu, Ketua Menteri telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan bagi meringankan beban penerima menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Usaha menyantuni golongan memerlukan itu secara tidak langsung mencerminkan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Ketua Menteri sebagai satu manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri kepada rakyat Melaka tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

349
Kongsi :
Previous post HADIAH UNTUK ORANG MASJID TANAH 19 MAC INI
Next post AYAM RM5 LICIN DALAM SEJAM