
KHATAM AL-QURAN PERDANA DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Mac – Usaha untuk memeriahkan Ramadan diteruskan lagi Japerun Dewan Udangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerusi penganjuran program khatam al-Quran dijangka melibatkan lebih 500 wanita atau kaum ibu dalam DUN itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, program ilmu itu dijadualkan berlangsung di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, bermula jam 8 pagi, 22 Mac ini.
Katanya, antara objektif program itu adalah mengajak orang ramai untuk menjadikan membaca al-Quran sebagai satu amalan dan menggalakkan umat Islam memahami maksud kitab suci itu.
“Peserta adalah dalam kalangan kaum wanita atau kaum ibu yang sudah memulakan sesi tadarus dalam kumpulan kecil di surau-surau atau rumah sekitar DUN Ayer Limau.
“Jadi pada 22 Mac ini kita kumpul mereka dalam acara kemuncak di Masjid Al-Muhtadi Ramuan China Besar, alhamdulilah setakat ini kita menerima maklum balas dan jumlah penyertaan yang amat menggalakkan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berharap, umat Islam dalam DUN Ayer Limau hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA REKOD 20 KEBAKARAN TERBUKA DALAM SEHARI
AYER KEROH 31 Januari - Sebanyak 20 kebakaran terbuka telah direkodkan di seluruh Melaka dalam tempoh sehari, hari ini. Pegawai...
MAIM PASTIKAN MUALAF MELAKA TIDAK SENDIRIAN
BANDARAYA MELAKA 31 Januari - Lebih 300 mualaf di negeri ini diraikan pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Muallaf Negeri Melaka Tahun...
MAJLIS TVET MELAKA PERLUAS PROGRAM BERSAMA KOMUNITI
AYER KEROH 31 Januari – Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negeri Melaka akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan...
ENAM TAHUN DARJAH SATU: MELAKA ADAKAN LIBAT URUS PERTENGAHAN TAHUN INI
MELAKA, 31 Jan - Kerajaan Negeri Melaka dan Jabatan Pendidikan negeri akan menjalankan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan...
JPJ MELAKA SIASAT ‘BAS PINK’ POTONG GARISAN BERKEMBAR
AYER KEROH 31 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengambil tindakan segera bagi menyiasat insiden Bas.my atau 'bas...
‘SATU MINGGU, SATU ARTIFAK’ INISIATIF PERZIM TARIK MINAT RAKYAT DALAMI SEJARAH MELAKA
AYER KEROH 31 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan inisiatif 'Satu Minggu, Satu Artifak' bagi menyorot koleksi muzium negeri...
