Sorting by

×

KHATAM AL-QURAN PERTAMA DARI ATAS MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

Oleh: Fitri Shareena Abdul Rahim

BANDA HILIR 13 Disember — Bumi Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menyaksikan murid sekolah rendah berjaya khatam al-Quran dari atas menara berketinggian 110 meter dan berputar 360 darjah.

Majlis itu membabitkan seramai 41 murid Darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Cheng, di mana uniknya ia diadakan di atas Menara Taming Sari.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Nur Azan Hassan berkata, ia sekali gus mencipta rekod sebagai majlis pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut beliau, majlis itu diadakan menerusi jalinan kolaborasi di antara Menara Taming Sari bersama pihak sekolah bertujuan untuk memberikan satu kelainan baharu dalam sektor pelancongan negeri.

“Ia secara tidak langsung menawarkan pengalaman keagamaan dalam suasana unik di lokasi pelancongan ikonik negeri, selain menyokong usaha memperkasa nilai sahsiah dan pembelajaran luar bilik darjah,” katanya kepada Melaka Hari ini ketika ditemui pada program berkenaan.

Whatsapp image 2025 12 13 at 15.38.30
ANTARA murid yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-Quran dari atas Menara Taming Sari.

Menurut Nur Azan, penganjuran majlis bersejarah itu secara tidak langsung membuktikan Menara Taming Sari telah berevolusi bukan sahaja sebagai sebuah produk pelancongan menarik, bahkan merangkumi segenap spektrum.

“Ini membuktikan peranan Menara Taming Sari bukan sekadar tarikan pelancongan, malah sebagai platform menyokong aktiviti pendidikan dan pembangunan insan di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post PELAJAR KERAP PONTENG SEKOLAH AKAN DITARIK KEISTIMEWAAN
Next post MELAKA KOMITED ANJUR KONVENSYEN PELANCONGAN SETIAP TAHUN