Sorting by

×

KITAR SEMULA TRASH TO CASH MPAG KEMBALI SABTU INI

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

ALOR GAJAH 8 Julai – Program Kitar Semula Trash To Cash Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kembali lagi pada 12 Julai ini (Sabtu) bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah.

MPAG dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu bakal diadakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, di mana orang ramai dipelawa menjana ekonomi dengan menjual semula sisa barangan dari rumah.

Menurut MPAG, antara pengisian program adalah pengumpulan barangan kitar semula secara Trash To Cash, di mana barangan yang dihantar akan ditimbang dan dibayar mengikut kadar yang ditetapkan.

“Antara barangan yang boleh dikitar semula adalah minyak masak terpakai yang dibeli pada harga RM2.80 hingga RM3.00 per kilogram, selain barangan 3R iaitu botol plastik, aluminium, besi, kertas, kotak dan sebagainya pada harga RM0.05 hingga RM0.50 setiap kilogram bergantung kepada jenis barangan.

“Orang ramai juga boleh membawa barangan e-waste seperti mesin basuh, mesin pencetak, peti sejuk dan sebagainya pada harga RM0.30 per kilogram, selain fabrik seperti baju terpakai sama ada yang masih elok atau lusuh, kasut, soft toys, beg, langsir, cadar, tuala dan kain alas meja pada harga RM0.05 per kilogram,” kata kenyataan itu.

Tambah MPAG selain pengumpulan barangan kitar semula, orang ramai juga boleh menukar al-Quran lama kepada yang baharu menerusi Program Pemuliaan Al-Quran, namun ia terhad kepada yang terawal.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

147
Kongsi :
Previous post INDUSTRY PLAYER, THINK-TANKS HIGH ALERT ON ASIA ECONOMIC CHALLENGE AND OPPORTUNITIES
Next post ‘JOY RIDE’ TAWAR PENGALAMAN NIKMATI PEMANDANGAN MELAKA DARI UDARA