
KOMITMEN AB RAUF BANGUNKAN MODAL INSAN MELAKA DIIKTIRAF HRD ASIA
CYBERJAYA 8 Ogos – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat daripada Kongres HRD Asia atas kepimpinan, komitmen dan sumbangan beliau dalam pembangunan modal insan di Melaka.
Sejak mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada 31 Mac 2023, Ab Rauf tidak berhenti merencanakan pelbagai inisiatif untuk mengetengahkan keunikan Melaka dalam pelbagai aspek seperti kebudayaan, seni, warisan dan sosial sehingga menjadi sebuah destinasi pilihan pelancong dan mesra pelabur.
Di sebalik aspirasi dan visi besar membangunkan Melaka, Ab Rauf sentiasa memastikan setiap inisiatif dilaksanakan memberi tempias kepada rakyat.
Terdahulu Ketua Menteri menerima anugerah itu yang disampaikan pada Majlis Makan Malam The Asia HRD Awards 2025 berlangsung di Universiti Cyberjaya, di sini, malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh.
Antara inisiatif hasil cetusan Ab Rauf yang mendapat perhatian adalah Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR), Kampung Digital dan Paramedik Kominiti (PARAKOM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM SANTUNI ANAK YATIM KAYFAZ
BUKIT KATIL 24 Januari - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menyantuni anak-anak yatim...
MELAKA SAHUT SARANAN TPM MENDATANGANI RAMADAN DENGAN SANTUNAN KASIH RAKYAT
PAYA RUMPUT 24 Januari - Kerajaan Melaka akan menyinari kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi dengan program-program berbentuk kebajikan dan...
TPM MAHU UBAH TANGGAPAN NEGATIF TERHADAP ‘GENG BIKERS’
PAYA RUMPUT 24 Januari - Tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap peminat sukan permotoran yang dikaitkan sebagai hobi melalaikan dan jauh...
SELEWENG DANA PELABURAN HAMPIR RM300 JUTA: SPRM BUKA DUA KERTAS SIASATAN
PUTRAJAYA 24 Januari - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana pelaburan bernilai hampir...
MAHLIGAI BURUNG PAK AKOB
ASAHAN 24 Januari - Sejak tiga dekad lalu nama Zaharin Abu, 66, menjadi sebutan dalam kalangan peminat unggas kerana ketahanan,...
RINGGIT CECAH 3.99 BERBANDING DOLAR AS, PALING KUKUH DALAM TEMPOH LEBIH TUJUH TAHUN
KUALA LUMPUR 23 Januari - Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul...
