Sorting by

×

KOMPAUN PARKIR PALING BANYAK DISELESAIKAN SEPANJANG PROMOSI 22 TAHUN MPAG

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

ALOR GAJAH 15 Mei – Kompaun letak kereta menjadi tumpuan utama orang awam sepanjang promosi pengurangan kompaun sempena Sambutan Hari Perbandaran Ke-22 Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) baru-baru ini.

Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, statistik menunjukkan kompaun parkir merupakan kategori paling banyak diselesaikan berbanding kompaun yang lain.

“Ia antara kesalahan paling biasa namun juga paling diberi perhatian oleh orang ramai untuk diselesaikan.

“Promosi pengurangan sebanyak 50 peratus yang berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Mei lalu berjaya menarik orang awam untuk menyelesaikan tunggakan masing-masing.

“Secara keseluruhan sebanyak 16 kompaun telah diselesaikan merangkumi 15 kompaun parkir dan hanya satu kompaun pelbagai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau memaklumkan, walaupun sambutan sederhana, namun inisiatif ini tetap memberi kesan positif kepada kesedaran awam mengenai kepentingan menjelaskan kompaun, khususnya dalam tempoh promosi.

“Promosi ini memberi peluang kepada orang awam untuk melunaskan kompaun lama dengan kadar lebih rendah dan pada masa sama mendidik mereka tentang kepatuhan kepada undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Objektif utama promosi ini adalah untuk mengurangkan jumlah tunggakan kompaun, terutama kompaun yang belum dijelaskan sebelum tahun 2023, serta menyemai nilai tanggungjawab dalam kalangan masyarakat.

“Keberkesanan kempen ini sedang dinilai dan insya-Allah promosi begini mungkin akan dilaksanakan lagi sekiranya ia terbukti membantu meningkatkan kadar bayaran kompaun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post KPDN MELAKA GEMPUR 157 KES, NILAI RAMPASAN LEBIH RM143,000
Next post MELAKA JADI PERHATIAN, RAIH 1.5 BILION HIT DI ‘WECHAT’ CHINA