Sorting by

×

KONDA KONDI, DAM AJI MERIAHKAN MELAKA DI HUJUNG TAHUN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KLEBANG 30 Disember – Pertandingan sukan tradisional konda-kondi dan dam aji yang diadakan sempena Sambutan Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas 2025 berlangsung meriah dengan penglibatan pelbagai peringkat usia.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad berkata, pertandingan yang diadakan itu bukan sahaja antara pengisian program malah menghidupkan kembali nostalgia permainan tradisional.

“Untuk pertandingan konda-kondi sebanyak 36 pasukan mengambil bahagian membabitkan seramai kira-kira 250 peserta dari seluruh Melaka.

“Bukan sahaja peserta dewasa tetapi turut sama mengambil bahagian golongan muda serta pelajar sekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Encore Melaka, di sini, hari ini.

Menurut Nasrul, pertandingan dam aji pula disertai seramai 150 peserta dan kebanyakkan mereka adalah ‘otai’.

“Penyertaan amat menggalakkan kerana walaupun berlangsung pada hari bekerja tetapi cukup memberangsangkan.

“Boleh katakan rakyat Melaka khususnya menunggu setiap penganjuran program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Whatsapp image 2025 12 30 at 14.51.08
NASRUL menyaksikan pertandingan dam aji yang diadakan di Encore Melaka.

Jelasnya, untuk pertandingan konda-kondi tempat pertama bakal membawa balik wang tunai RM1,000, diikuti tempat kedua RM800, ketiga RM500, keempat RM400 dan tempat kelima hingga kelapan RM300.

“Manakala untuk pertandingan dam aji pula johan akan memenangi wang tunai RM700 beserta piala pusingan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post ZON BEBAS KENDERAAN DILANJUTKAN SEMPENA TAHUN BAHARU 2026
Next post SUKMA 2026: MELAKA HIMPUN 66 ATLET DALAM ‘PROJEK EMAS’