
KONTRAKTOR KERUGIAN LEBIH RM500,000 DITIPU SINDIKET TAWARAN PEKERJAAN
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki berusia 52 tahun itu tertarik dengan tawaran kerja berkenaan yang menjanjikan keuntungan 15 peratus bagi setiap pembelian barangan melalui sistem dalam talian dikenali sebagai penjual gabungan.
“Bermula 20 Mac hingga 28 April lepas, mangsa telah membuat 22 transaksi berjumlah RM500,278 ke dalam 16 akaun bank tempatan dengan harapan memperoleh pulangan seperti dijanjikan.
“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan berjumlah 138,500 USDT (Tether stablecoin cryptocurrency) yang dipaparkan dalam akaun laman sesawang berkenaan, akaunnya didapati telah disekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Tan berkata orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran kerja sambilan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERUSKAN PERTANDINGAN MURAL ANTARA SEKOLAH TAHUN DEPAN
AYER KEROH 25 November - Pertandingan Mural ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ akan diteruskan pada tahun hadapan bagi memberi...
PTPTN MELAKA SALUR ZAKAT BANTU PELAJAR ASNAF
AYER KEROH 25 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan wakalah zakat berjumlah RM20,000 bagi membantu 100 pelajar...
LEBIH 200 ‘BIKERS’ MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-11 MALACCA LADY BIKERZ
AYER KEROH 25 November - Sambutan ulang tahun ke-11 Malacca Lady Bikerz (MLB) diraikan dalam suasana meriah dengan menyaksikan ianya...
SENDIRIAN DIDIK 20 ANAK ORANG ASLI, IBRAHIM DIANGKAT TOKOH GURU MELAKA 2025
AYER KEROH 25 November - Selepas lebih satu dekad bersara Ibrahim Moktar, 71, menerima pengiktirafan atas sumbangannya dalam dunia pendidikan...
MELAKA WONDERLAND TAWAR HARGA PROMOSI SEMPENA CUTI SEKOLAH
AYER KEROH 25 November – Sempena musim cuti sekolah pada Disember ini, Melaka Wonderland Theme Park & Resort menawarkan promosi...
MTL: APM MELAKA SEDIA AKTIFKAN 382 PPS
AYER KEROH 25 November - Sebanyak 382 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diwartakan dan siap sedia diaktifkan pada bila-bila masa...
