
Konvoi 100 motosikal bawa mesej merdeka
ASAHAN 12 Ogos – Program Semarak Gemilang 2022 @ Asahan diadakan pada 28 Ogos ini bakal melibatkan penyertaan kira-kira 100 buah motosikal dari penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, kesemua peserta perlu berkonvoi beramai-ramai melalui lapan ‘check point’ bermula di Pekan Asahan dan berakhir di Perkampungan Orang Asli Kampung Sialang, Batang Melaka.
“Konvoi ini akan bermula di Pekan Asahan, Pekan Nyalas, Kampung Orang Asli Gapam Baru, Kampung Orang Asli Bukit Seraya dan beberapa lagi ‘check point’.
“Program akan bermula jam 8 pagi, sepanjang perjalanan itu kita bersama Jabatan Penerangan Jasin akan mengedarkan risalah dan membuat hebahan berkenaan Hari Kebangsaan Ke-65.
“Objektif utama kita mengadakan program ini untuk membuat hebahan kepada umum pentingnya menghayati serta memahami erti kemerdekaan negara kita,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Program tersebut turut mendapat kerjasama jabatan belia dan sukan, Pejabat daerah dan Tanah Jasin, Politeknik Merlimau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jasin dan lain-lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CHARITY OUTLET MELAKA MALL ‘DISERBU’
AYER KEROH 19 Mac - Usaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mewujudkan pusat pengumpulan pakaian terpakai ‘Charity Outlet Melaka...
KES ROGOL BAWAH UMUR ANTARA PENYUMBANG JENAYAH KEKERASAN DI MELAKA
KLEBANG 19 Mac - Peningkatan kes rogol melibatkan mangsa bawah umur dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan jenayah...
AYAM RM5 BUKTI ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIRASAI WARGA TABOH NANING
TABOH NANING 19 Mac –Jualan ayam serendah RM5 seekor di Dewan Terbuka Taman Sri Naning di sini, mendapat sambutan menggalakkan...
25,000 AYAM RM5 HABIS DALAM TEMPOH EMPAT JAM
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Sebanyak 25,000 ayam murah ditawarkan pada harga RM5 seekor sempena sambutan genap tiga tahun pentadbiran...
PERTANDINGAN TIKTOK RAYA MASJID TANAH TAWAR HADIAH RM5,000
AYER LIMAU 19 Mac - Orang ramai berpeluang memenangi ‘duit raya’ dengan menyertai TikTok Raya Masjid Tanah yang menawarkan hadiah...
AYAM RM5 ‘DISERBU’ PENDUDUK LENDU
LENDU 19 Mac – Seawal jam 7 pagi, pekarangan Japerun Lendu sudah dipenuhi orang ramai yang sanggup beratur panjang demi...
