Sorting by

×

KPDN MELAKA GEMPUR 157 KES, NILAI RAMPASAN LEBIH RM143,000

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan sebanyak 157 kes atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM143,325.20 setakat 1 Januari hingga 14 Mei tahun ini.

Pengarah KPDN Melaka Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak RM44,100 nilai kompaun telah dikeluarkan, manakala jumlah denda berjumlah RM101,000 telah dihasilkan.

Tambah beliau, sepanjang tempoh sama juga, seramai tujuh individu yang melakukan pelbagai kesalahan membabitkan barangan kawalan dan penyelewengan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“KPDN memberi amaran dan mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Pegawai Penguat Kuasa KPDN Melaka sentiasa bersedia dan melakukan pemantauan dan operasi bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku.

“Pengguna juga perlu menjadi mata dan telinga KPDN dalam melaporkan salah laku berkaitan perdagangan dan juga isu kepenggunaan.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan juga ingin menyalurkan aduan, orang ramai khususnya rakyat negeri melaka boleh ke pejabat KPDN melaka atau melalui saluran-saluran seperti WhatsApp di 019-848 8000; portal [email protected]; call centre 1 800 886 800; aplikasi telefon pintar Ez Adu KPDN atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDN Negeri Melaka di talian 06-2345869,” katanya.

Menurut beliau, terbaharu menerusi ‘Ops Gasak 2025’ dan Ops Tiris 2025 iaitu operasi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, KPDN Melaka telah menghasilkan dua kes iaitu membabitkan penyimpanan barangan kawalan tanpa permit atau lesen.

Jelas beliau, kes pertama membabitkan penemuan 17unit gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram yang masih berisi bernilai RM2,149.82 di kawasan Klebang Besar pada 13 Mei lalu dan mendapati pemilik gagal mengemukakan permit atau lesen menyimpan barang kawalan LPG.

Manakala, kes kedua berlaku di Alor Gajah membabitkan penemuan 13,040 liter yang disyaki minyak diesel bernilai RM46,048, di mana pemilik premis juga gagal mengemukakan sebarang dokumen permit atau lesen bagi berurusan dengan barang kawalan yang disyaki minyak diesel.

Jelas beliau, bagi kedua-dua kes, dua lelaki warga tempatan telah ditahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

984
Kongsi :
Previous post PELAJAR SEKOLAH AGAMA SEMAKIN MENINGKAT DI MELAKA
Next post KOMPAUN PARKIR PALING BANYAK DISELESAIKAN SEPANJANG PROMOSI 22 TAHUN MPAG