Sorting by

×

KRISIS ASIA BARAT: RAMAI PILIH MELANCONG DALAM NEGARA, RANTAU ASIA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BUKIT KATIL 7 April – Ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dilihat mengubah corak pelancongan apabila permintaan terhadap pakej pelancongan domestik atau dalam negara meningkat, termasuk menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian alternatif.

Pengerusi Penganjur MATTA Fair Melaka 2026 Halimah Ahmad berkata, pada masa sama, pakej pelancongan rantau Asia turut mendapat sambutan, khususnya membabitkan China, Jepun, Korea, Vietnam dan Indonesia.

Namun jelas beliau, pakej pelancongan ke Eropah pula menunjukkan penurunan kira-kira 20 peratus susulan krisis yang sedang melanda, selain kenaikan harga tiket kapal terbang serta caj tersembunyi.

“Setakat ini kita melihat landskap pembelian pakej mendapati terdapat penurunan tempahan ke negara eropah. berikutan faktor keselamatan dan ketidaktentuan global.

“Krisis Asia Barat ini menyebabkan ada pelancong memilih untuk menangguhkan percutian ke destinasi tertentu dan beralih ke Malaysia dan rantau Asia,” katanya kepada pemberita pada sidang media MATTA Fair Melaka 2026 di Pejabat Sekretariat MATTA Melaka Chapter di Bukit Baru Utama, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka Chapter Goh Hock Gin dan Penolong Pengarah Tourism Malaysia Zon Selatan Norisyam Odzali.

Mengulas lanjut, Halimah berkata permintaan dalam kalangan pelancong domestik meningkat, khususnya bagi produk unik seperti rumah bot di Perak, Melaka selain Sabah dan Sarawak.

“Pakej pelancongan destinasi pelancongan di pulau-pulau dalam negara ini seperti Langkawi, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan lain-lain juga terus menjadi pilihan pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

379
Kongsi :
Previous post MBMB ANJUR LEBIH 20 PROGRAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-23
Next post MPJ TERANGI ASAHAN DENGAN LAMPU LED, CAKNA SETIAP ADUAN RAKYAT