
KRT TAMAN CHENG JAYA PERKASA KEHARMONIAN KOMUNITI
PAYA RUMPUT 4 Jun – Bagi menyemai dan memperkasa keharmonian dalam kalangan komuniti setempat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Cheng Jaya, menganjurkan Program Ride Ke Sendayan pada 1 Jun lalu.
Pengerusi KRT Taman Cheng Jaya, Amir Ghazali Shariffudin berkata, program itu melibatkan 30 motosikal dan 45 peserta berusia 23 hingga 61 tahun.
“Aktiviti seperti ini mampu merapatkan hubungan antara golongan muda dan sudah berusia, menyemarakkan semangat perpaduan pelbagai kaum, seterusnya mengharmonikan komuniti sekitar KRT Taman Cheng Jaya.
“Kami di KRT Taman Cheng Jaya komited terus untuk melaksanakan program-program kemasyarakatan demi kesejahteraan dan keharmonian bersama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu simbolik pelepasan konvoi berlangsung di Madrasah Al-Ikhwan Taman Cheng Jaya, peserta kemudian bergerak ke beberapa persinggahan melibatkan lokasi menarik dan bersejarah di Negeri Sembilan yang antaranya Masjid Lama Port Dickson dan Muzium Kota Lukut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
OMSMC RAI SEMANGAT KEBERSAMAAN SEMPENA RAMADAN
BANDARAYA MELAKA 17 Mac – Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) menyemarakkan suasana bulan Ramadan dengan menganjurkan majlis berbuka puasa...
MELAKA RIVER CRUISE SEDIA TERIMA RIBUAN PENGUNJUNG AIDILFITRI INI
BANDARAYA MELAKA 18 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjangkakan hingga 5,000 pengunjung sehari akan menaiki Melaka...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU PADA 4 APRIL
MERLIMAU 18 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini...
SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
BANDA HILIR 18 Mac - Lebih 500 setem pelbagai jenis termasuk koleksi berusia lebih satu abad dipamerkan pada Pameran Setem...
AIDILFITRI: MELAKA KENAL PASTI 10 LOKASI PANAS KEMALANGAN
TABOH NANING 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 10 lokasi 'hotspot' risiko kemalangan tinggi...
TOK RAOP, DATUK REMY ISHAK SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Masa terluang sementara menunggu waktu berbuka dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
