Sorting by

×

LAMAN WEB MUDAHKAN WARGA KUALA LINGGI

Masa Membaca:53 Saat

KUALA LINGGI 8 Januari – Warga Kuala Linggi kini boleh menyalurkan aduan atau mendapatkan pelbagai maklumat secara hujung jari apabila laman web JAPERUN Kuala Linggi secara rasmi dilancarkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah berkata, manfaat digital itu diperkenalkan sebagai permulaan kepada tahun baharu 2026.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri memaklumkan, penduduk di Kuala Linggi boleh merujuk Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK / JPKKB) di dalam laman web tersebut bagi pelbagai urusan.

“Antara urusan yang boleh dilakukan adalah mendapatkan tandatangan, maklumat bantuan dan kebajikan, informasi berkaitan kampung serta program setempat yang diadakan.

“Malah, mereka juga boleh menyalurkan aduan secara rasmi berkaitan kawasan setempat masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.

Rosli berkata, orang ramai boleh mengakses laman web itu di pautan https://japerunkualalinggi.com/.

“Saya memohon jasa baik semua warga Kuala Linggi untuk menghebahkan maklumat ini serta berkongsi kepada ahli keluarga, kenalan dan kumpulan WhatsApp kejiranan dalam kawasan masing-masing,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

447
Kongsi :
Previous post FIRST AID STATION: ZON SELAMAT UNTUK PELANCONG KE MELAKA
Next post PANTAI PUTERI BERWAJAH BAHARU MENJELANG 2027