
JUALAN ISTIMEWA HANYA DI LANANAZ
Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat
AYER KEROH 8 Julai- Lananaz Fruit Trading menawarkan diskaun harga barangan basah dan buah-buahan tempatan serta import pada harga yang amat berpatutan.
Apa yang menariknya, jualan berlangsung di gerai terletak bersebelahan Medan Selera Ayer Keroh ini, menawarkan produk tempatan segar seperti strawberi, ubi manis, jagung dan pelbagai lagi terus dari tanah tinggi Cameron Highland, Pahang.
Pengarah Lananaz Fruit Trading, Muhamad Nazrul Abu Hasan berkata, bagi mempelbagaikan lagi produk pihaknya turut menawarkan barangan basah seperti ikan siakap, ikan pelaling dan daging lembu segar pada harga promosi istimewa.
“Pihak kami membawa produk buah-buahan dari Cameron Highland. Hampir 100 peratus produk ditawarkan datang dari sumber tempatan, cuma buah anggur dan epal sahaja diimport.
“Kepada warga sekitar datang beramai-ramai, kerana kami menawarkan daging lembu pada harga RM29 satu kilogram (kg), ikan siakap RM7 seekor dan ikan pelaling RM20 untuk tiga kg,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhamad Nazrul berkata, bukan sekadar membantu orang Melaka berjimat, tetapi pihaknya turut membantu pekebun kecil sekitar negeri ini memasarkan produk mereka.
“Sejak dibuka kami juga didatangi pekebun sekitar Melaka, jadi kami beli dan bantu jual semula produk tempatan negeri ini. Insya-Allah dalam perancangan kami bercadang untuk membuat majlis pembukaan rasmi tapak ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
494