
LAPAN BAYI MAAL HIJRAH DILAHIRKAN DI HOSPITAL MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Jun – Hospital Melaka menyambut kelahiran lapan bayi Maal Hijrah pada tahun ini, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Beliau berkata, bayi-bayi itu dilahirkan bermula jam 7.30 malam tadi iaitu permulaan tahun baharu, 1 Muharam 1447 Hijrah.
Beliau mewakili Kerajaan Negeri telah menyantuni serta meraikan ibu dan bayi-bayi berkenaan di Hospital Melaka bersempena Program Bayi Qurratu Ayun bersempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka 1447H / 2025M, hari ini.
“Ini merupakan program tahunan anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di mana kita menyantuni dan meraikan bayi-bayi ini bersempena kedatangan tahun baharu Hijrah pada 1 Muharam.
“Selain menyantuni, kita juga menyampaikan sedikit cenderahati kepada ibu dan bayi-bayi ini sebagai tanda penghargaan.
“Kita mendoakan agar bayi-bayi ini membesar menjadi anak-anak yang baik dan berguna untuk keluarga dan agama Islam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu, program itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Pengarah Hospital Melaka Dr. Shahrum Arshad serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAK SOM TURUN PADANG, ZIARAH 60 RUMAH SEPANJANG WRUR DUN GADEK
GADEK 13 April – Menyantuni rakyat kurang berkemampuan, asnaf dan individu menghidap masalah kesihatan kronik kekal sebagai agenda utama sepanjang berlangsungnya...
LINNAS: MAIM BUKA PINTU ASNAF JANA PENDAPATAN SENDIRI
PENGKALAN BATU 13 April - Program Latihan Insan Asnaf (LINNAS) yang disediakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menjadi antara inisiatif...
SIMPOSIUM JULUNG KALI PHMK PERKENAL ‘ADVANCED TRAUMA TEAM’
AYER KEROH 13 April - Hospital Pantai Melaka (PHMK) terus memperkukuh perkhidmatan rawatan kecemasan di negeri ini menerusi penganjuran julung...
MELAKA SASAR LEBIH 5,000 PROGRAM SEMARAK PERPADUAN SEPANJANG 2026
GADEK 13 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menyasarkan lebih 5,000 program akan dilaksanakan menerusi peruntukan...
100 PESAKIT JANTUNG TERIMA MANFAAT KERJASAMA PUTRA-IJN
KOTA LAKSAMANA 13 April – Kerjasama strategik antara Putra Specialist Hospital dan Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkembangan positif apabila...
LEBIH 2,000 TIKET MELAKA RIVER CRUISE TERJUAL DI MATTA FAIR 2026
DUYONG 13 April - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merekodkan nilai jualan lebih RM80,000 bagi produk Melaka River...
