Sorting by

×

LAPAROSKOPI CHOLECYSTECTOMY: BILA PUNDI HEMPEDU PERLU DIKELUARKAN

Masa Membaca:3 Minit, 33 Saat

Oleh: Datuk Dr. Shankar Gunarasa
Pakar Bedah Kolorektal dan Umum, Robotik dan Laparoskopi
Pantai Hospital Melaka

Mugshot
DATUK Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Kolorektal, Laparoskopi dan Robotik di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka.

SEBELUM ini saya ada menulis mengenai pundi hempedu dan juga masalah batu hempedu. Sebagai imbasan untuk para pembaca, pundi hempedu adalah organ yang terletak disebelahan atau di bawah organ hati. Ia berfungsi sebagai ‘kilang’ penyimpan hempedu (bile) yang dihasilkan di hati.

Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu. Kandungan hempedu ini terdiri daripada air, lemak, kolesterol, protein dan bilirubin.

Batu pundi hempedu yang terjadi terdiri daripada dua jenis iaitu batu kolesterol dan batu hempedu pigmen. Batu hempedu boleh menyebabakan jangkitan dan menyebabkan keradangan di pundi hempedu, yang dinamakan Acute Cholecystitis.

Sekiranya ini berlaku, pesakit terpaksa mendapat rawatan antibiotik untuk mengurangkan keradangan di pundi hempedu dan dipantau selama 48 hingga 72 jam. Adakalanya pundi hempedu boleh bernanah atau dalam istilah perubatan ‘Gall Bladder Empyema’ dan kerap berlaku kepada pesakit yang menghidapi masalah kencing manis. Sekiranya ini berlaku, pembedahan cholecystectomy terpaksa dilakukan untuk membuang pundi hempedu yang telah dijangkiti atau bernanah.

UJIAN KENAL PASTI KERADANGAN PUNDI HEMPEDU

Sebelum mengeluarkan pundi hempedu ini, bagaimanakah doktor dapat mengenal pasti masalah keradangan pundi hempedu daripada masalah masalah yang lain? Biasanya doktor akan memeriksa secara fizikal abdomen pesakit dan selepas itu akan menjalankan beberapa ujian antaranya:

• Ujian darah – Kenal pasti jangkitan kuman
• Ujian radiologi seperti ultrasound abdomen atau CT scan abdomen – Melihat tahap keradangan pundi hempedu, mengenalpasti jika ada nanah di pundi hempedu atau juga melihat batu hempedu di saluran hempedu
• ERCP – Prosedur sekiranya pesakit mempunyai batu hempedu tersekat di saluran hempedu

PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI CHOLECYSTECTOMY

Bagaimana pembedahan laparoskopi cholecystectomy dilakukan dan apakah kesan sampingan dari pembedahan ini?

Pembedahan cholecystectomy ini sememamgnya rumit jika pakar bedah tidak dapat melakukan dengan cermat, komplikasi boleh berlaku. Ini kerana pundi hempedu terletak di hujung saluran cystic duct yang bercabang dari saluran ‘bile’ utama dari hati iaitu ‘common bile duct’ atau ringkasan CBD.

CBD ini boleh tercedera disebabkan peralatan laparoskopi, kesan haba dari diathermy atau mengilip CBD secara tidak sengaja.

Ini boleh mengakitban kebocoran ‘bile’ ke dalam abdomen dan menyebabkan peritonitis. Untuk mengelakkan kecederaan berlaku di CBD, biasanya OTC (on table cholangiogram) dilakukan untuk melakarkan kedudukan CBD melalui ‘x-ray dye’ yang disalurkan melalui tiub kecil di cystic duct. Dengan lakaran ini, pakar bedah dapat mengelakkan daripada mencederakan saluran CBD semasa pembedahan.

Saya di Pantai Hospital Ayer Keroh sentiasa melakukan OTC semasa pembedahan laparoskopi cholecystectomy bagi semua kita untuk mengelakkan kecederaan CBD daripada berlaku.

Selain itu, saluran di hati seperti cytic arteri dan hepatic arteri juga perlu dijaga. Ia boleh menyebahkan pendarahan yang boleh merumitkan pembedahan tersebut, lebih lebih lagi arteri sebesar hepatic arteri. Inilah kerumitan yang perlu difahami untuk setiap pakar bedah semasa menjalankan pembedahan laparoskopi cholecystectomy ini.

KESAN BILA PUNDI HEMPEDU DIKELUARKAN

Ramai juga pesakit saya tertanya-tanya jika pundi hempedu dikeluarkan, apakah komplikasi kepada badan kita?

Seperti yang telah saya huraikan tadi, pundi hempedu bersifat sebagai ‘kilang’ untuk menyimpan cecair hempedu. Apabila ‘kilang’ tersebut dikeluarkan, cecair hempedu akan terus mengalir ke usus kecil kita dan menyebabkan kesan sampingan sementara seperti cirit birit.

Selain itu pesakit akan menghadapi pembuangan gas berlebihan, makanan lemak yang susah dihadamkan, berasa loya, muntah dan ada segelintir pesakit akan menghidapi sakit abdomen. Fenomena ini dinamakan ‘post cholecystectomy syndrome’ yang akan reda dalam jangka masa yang pendek. Kebanyakan pesakit dapat pulang ke rumah dalam masa 24 jam selepas pembedahan untuk terus pulih di rumah dan kembali ke aktiviti harian normal mereka dalam masa kurang dari seminggu. Aktiviti yang lebih berat mungkin memerlukan masa penyembuhan yang lebih lama.

Peratusan kecil pesakit memerlukan diet rendah lemak, tinggi serat dalam beberapa minggu pertama selepas pembedahan untuk mencegah ketidakselesaan dan cirit-birit selepas makan.

Sekiranya anda perlu mengetahui lebih lanjut mengenai masalah pundi hempedu dan memerlukan pembedahan laparoskopi cholecystectomy, anda boleh berhubung dengan Datuk Dr. Shankar Gunarasa, Pakar Bedah Umum, Robotik, Laparoskopi dan Kolorektal di Pantai Hospital Ayer Keroh Melaka di talian 06 2319999 Samb; 2131 atau nombor whatsapp Klinik Datuk Dr Shankar Gunarasa +6016 747 6060.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

418
Kongsi :
Previous post UNIMEL DIGITALKAN MANUSKRIP BERKAITAN HANG TUAH
Next post MASJID TANAH KAMPUNG KITA MAMPU JADI JENAMA HEBAT