Sorting by

×

LEBIH 140,000 ANAK MUDA DAFTAR DI INSTITUSI TVET TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional latihan teknikal dan vokasional (TVET) semakin menjadi pilihan utama belia masa kini apabila lebih 140,000 permohonan diterima pelbagai institusi TVET dalam negara bagi pengambilan sesi Julai 2025.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua permohonan telah diterima menerusi platform UP_TVET.

Katanya, pada tahun lalu, jumlah keseluruhan enrolmen graduan lepasan institusi TVET telah mencecah seramai 436,285 orang.

“Pada tahun lalu, seramai 212,022 pelajar iaitu 53.56 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf telah memilih menyambung pengajian di institusi TVET.

“Peningkatan terhadap bidang TVET ini menjadikan TVET bukan pilihan kedua dan bukan pelan ganti bila tiada peluang akademik, ia merupakan pelan strategik iaitu pelan masa depan.

“Dalam tempoh kurang tiga tahun, perubahan persepsi ketara ibu bapa terhadap bidang TVET yang mana ibu bapa mula memberi galakan dan industri semakin menunjukkan minat, anak muda pula semakin berani memilih laluan TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2025 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek; Ahli-Ahli Jemaah Menteri; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Timbalan-Timbalan Menteri; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

602
Kongsi :
Previous post KERAJAAN TELITI CADANGAN WUJUDKAN SURUHANJAYA TVET NEGARA
Next post TVET ‘TEKNOPRENEURSHIP’ JADI FOKUS TAHUN INI – TPM