Sorting by

×

LEBIH 200 PROGRAM POKET WARNAI WTD 2025 – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 September – Lebih 200 program poket pelancongan, kebudayaan dan komuniti bakal mewarnai sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program-program tersebut akan dilaksanakan di pelbagai lokasi seluruh negeri ini sebagai usaha melibatkan masyarakat setempat dan pada masa yang sama memberikan pengalaman unik kepada pengunjung.

“Antara program termasuk persembahan seni budaya, karnival makanan, permainan tradisional seperti kondi-kondi dan dam aji, selain pameran produk pelancongan tempatan.

“Inilah peluang kita tonjolkan warisan Melaka di mata dunia,” katanya pada sidang media selepas bersiaran secara langsung di konti Melaka FM, Slot Bicara Ketua Menteri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pengisian itu melengkapkan acara kemuncak pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 pada 27 September nanti.

“Pada malam acara berprestij itu nanti, kita bawakan persembahan 1,000 dron berlampu, pertunjukan bunga api dan tarian zapin terbesar negara melibatkan lebih 3,000 penari yang turut akan dimasukkan ke Malaysia Book of Record (MBOR).

“Program poket ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu cara memperkukuh semangat komuniti. Kita mahu rakyat rasa bangga dan pelancong membawa pulang kenangan manis,”ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

997
Kongsi :
Previous post MELAKA BUKAN ‘KALENG-KALENG’
Next post SEMUA PIHAK PERLU CAKNA ASPEK KEBERSIHAN, KESELAMATAN MAKANAN