Sorting by

×

LEBIH 2,000 TIKET MELAKA RIVER CRUISE TERJUAL DI MATTA FAIR 2026

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

DUYONG 13 April – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merekodkan nilai jualan lebih RM80,000 bagi produk Melaka River Cruise pada Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 April lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, pihaknya menerima sambutan yang menggalakkan apabila mencatatkan lebih 2,000 tiket terjual pada pameran tersebut.

Katanya, PPSPM menyertai pameran pelancongan di bawah Pavilion Melaka bagi mempromosikan produk pelancongan utama negeri kepada pengunjung dalam dan luar negara.

“Penyertaan ini merupakan platform penting dalam memperkukuh promosi pelancongan sungai Melaka di peringkat lebih luas memandangkan kita masih di Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Setakat tiga hari MATTA Fair 2026, sambutan pengunjung sepanjang sangat positif dan kita dapati ramai yang berminat terhadap produk pelancongan berasaskan sungai di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata kempen promosi tersebut bukan sahaja berjaya meningkatkan jualan tiket, malah turut memperkenalkan pengalaman pelancongan unik di Sungai Melaka kepada lebih ramai pengunjung.

Jelasnya, pengunjung MATTA Fair 2026 turut menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus bagi pembelian tiket Melaka River Cruise sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“PPSPM akan terus mempergiatkan promosi di pelbagai platform bagi memastikan produk pelancongan utama di Melaka ini kekal berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Usaha promosi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memperkukuh jenama Melaka River Cruise sebagai antara produk pelancongan ikonik negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

500
Kongsi :
Previous post KERAMAHAN ORANG MELAKA BIKIN CAKRA KHAN ‘JATUH CINTA’
Next post 100 PESAKIT JANTUNG TERIMA MANFAAT KERJASAMA PUTRA-IJN