Sorting by

×

LEBIH 5,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN SUNGAI UDANG BERSELAWAT

Masa Membaca:50 Saat

SUNGAI UDANG 29 Mei – Lebih 5,000 umat Islam sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, hadir memeriahkan Majlis Sungai Udang Berselawat di Japerun Sungai Udang, malam tadi.

Majlis ilmu bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bermula seawal jam 7 malam itu turut dihadiri Penyelaras DUN Sungai Udang merangkap Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat dan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad serta kenamaan lain.

Terdahulu umat Islam yang hadir menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan majlis ilmu menampilkan dua penceramah iaitu Prof Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan Ustaz Muhammad Hatta Abd Rahim.

Antara perkongsian yang disampaikan oleh penceramah membabitkan kepentingan ilmu, halal haram, serta cabaran dan pelbagai nasihat diberikan kepada umat Islam masa kini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

925
Kongsi :
Previous post WRUR BANTU SELESAI MASALAH DI PERINGKAT AKAR UMBI
Next post LEBIH SETENGAH KILOGRAM DADAH DITEMUI DI LOKASI KEMALANGAN MAUT