Sorting by

×

LEBIH 800 WANITA HANG TUAH JAYA IMARAH MAHABBAH AL-QURAN

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

PENGKALAN BATU 28 Februari – Kejayaan menghimpunkan lebih 800 peserta pada Mahabbah al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 menjadi pemangkin kepada penyertaan lebih ramai pada tahun hadapan.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, Mahabbah al-Quran adalah program tahunan yang diadakan pada bulan Ramadan dan menunjukkan peningkatan peserta saban tahun.

“Penyertaan peserta kali ini antara yang teramai apabila seramai 830 hadir antaranya daripada kepimpinan wanita, Rumah Mengaji dan wanita badan bukan kerajaan (NGO).

“Sebelum ini penyertaan kita sekitar 300 hingga 400 orang sahaja tetapi Alhamdulillah pada Ramadan ini jumlah itu bertambah.

“Difahamkan ruangan solat masjid mampu memuatkan sehingga 3,000 orang jadi Insya-Allah pada penganjuran akan datang kita Cuba libatkan lebih ramai lagi wanita di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu berkata demikian ketika ditemui selepas Mahabbah al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 yang disempurnakan isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman, di Masjid Al-Azim, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Menurut Kalsom, jumlah penyertaan yang amat positif itu secara tidak langsung membuktikan kesungguhan masyarakat khususnya golongan wanita dalam mengimarahkan Ramadan dengan pengisian rohani yang bermanfaat.

“Penganjuran kali ini juga tampil dengan kelainan apabila pembahagian juzuk al-Quran kepada peserta dibuat menerusi imbasan kod respon pantas (QR) ini secara tidak langsung dapat mengerat ukhwah.

“Selain meraih pahala membaca al-Quran secara berjemaah, pendekatan ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuhkan semangat persaudaraan sesama peserta,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

432
Kongsi :
Previous post BELANJA RM20 DI BAZAR IKONIK, LAYAK DAPAT BAUCAR MENARA TAMING SARI
Next post YB RAIS, SAMB SINARI SYAWAL 53 ANAK YATIM