Sorting by

×

LEBIH RM600,000 PACU AGENDA PENDIDIKAN HANG TUAH JAYA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 10 Januari – Lebih RM600,000 dibelanjakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya bagi tujuan pembangunan pendidikan sepanjang tahun lalu.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim berkata, aspek pendidikan antara agenda utama yang diberi perhatian selepas pembangunan infrastruktur di kawasan Hang Tuah Jaya.

“Peruntukan membabitkan inisiatif pendidikan antara yang tertinggi disalurkan di Parlimen Hang Tuah Jaya antaranya bantuan persekolahan dan yuran serta komputer riba.

“Selain itu peruntukan turut disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah selain kita turut memastikan ia akan dapat disalurkan kepada seramai mungkin penerima dalam membantu meringankan beban.

“Untuk itu lebih RM600,000 diperuntukkan sepanjang tahun lepas bagi memperkasa agenda pendidikan penduduk Hang Tuah Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Selamat Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi 2026 Bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya Bersama Mydin, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi memaklumkan, usaha memperkasa agenda pendidikan akan diteruskan lagi sepanjang 2026 bagi memastikan tiada yang tercicir dalam pembelajaran.

“Diharap usaha ini akan terus diberi sokongan oleh banyak pihak yang lain sekaligus kita akan dapat membantu serta memudahkan pendidikan anak-anak.

“Selain itu kami juga akan memperhebatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak supaya dapat menyantuni lebih ramai golongan memerlukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

476
Kongsi :
Previous post MBMB BERI BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA 200 PELAJAR
Next post MBMB TINGKAT PENGUATKUASAAN ‘ULAT PARKIR’ DI LOKASI TUMPUAN PELANCONG