
Lelaki dikhuatiri lemas terjun Sungai Golok semasa operasi polis
Ketika kejadian mangsa Mohd Yuki Mohd Yusoff, 41, dikatakan terjun ke dalam sungai tersebut dan tidak dapat dikesan.
Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Azmi Hussin berkata pihaknya menerima panggilan memaklumkan kehilangan lelaki itu pada 3.17 pagi tadi.
“Kami membuka bilik gerakan di Pos PGA Pulai sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat pada 3.55 pagi. Operasi ditangguhkan pada 4.10 pagi dan disambung semula 8 pagi tadi.
“Sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas menyertai operasi itu pada awal pagi, manakala 19 anggota ditambah pada operasi seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pencarian dijalankan di tebing dan permukaan sungai selain melakukan selaman oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pengkalan Kubor, Tumpat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DALAM BERAYA, MELAKA DIDIK RAKYAT AMAL KITAR SEMULA
AYER KEROH 28 Mac - Di sebalik kemeriahan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka, Kerajaan Negeri turut...
MASYARAKAT CINA AKUI MELAKA MEMANG MESRA, SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus mendapat sokongan rakyat berbilang kaum, termasuk komuniti Cina di...
‘RAKYAT PUN SAYANG MELAKA’
AYER KEROH 28 Mac - Rata-rata rakyat Melaka mengakui dapat merasai gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang dibawa Kerajaan Negeri...
CUACA PANAS: MELAKA BERJAYA KURANGKAN 50 PERATUS PEMBAZIRAN AIR, TIDAK LAKSANA CATUAN
AYER KEROH 28 Mac - Meskipun berlaku kemerosotan paras air di empangan utama Negeri Melaka susulan cuaca panas berterusan, namun...
MELAKA PERHALUSI, TELITI KEPERLUAN BEKERJA DARI RUMAH
AYER KEROH 28 Mac - Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan meneliti keperluan menguatkuasakan dasar Bekerja Dari Rumah melibatkan penjawat awam...
LEBIH 40,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 28 Mac - Lebih 40,000 rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat...
