
Lelaki ditemui mati tergantung pada pokok
BANDA HILIR 18 April – Polis tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung penemuan mayat seorang lelaki berusia 27 tahun di kawasan tambakan laut di Pulau Melaka, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, mayat mangsa ditemui nelayan kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum memaklumkannya kepada pihak Balai Polis Banda Hilir.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, susulan maklumat diterima sepasukan pegawai dan anggota termasuk Unit Forensik (D10) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kami mendapati mayat lelaki lengkap berpakaian itu tergantung dengan tali pada sebatang pokok, pemeriksaan dijalankan setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya.
Christopher berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Namun siasatan lanjut masih dijalankan selain menunggu hasil laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAKYAT PAYA RUMPUT BERSYUKUR MILIKI KERAJAAN PRIHATIN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Rata-rata rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput meluahkan rasa syukur kerana memiliki...
PAYA RUMPUT LANCAR TABUNG AMAL PENDIDIKAN
PAYA RUMPUT 14 Februari - Tabung Amal Pendidikan Paya Rumput bakal diperkenalkan sebagai antara usaha memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak di...
SYIAR ISLAM SUBUR DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 14 Februari - Syiar Islam terus subur di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerusi pelbagai pembangunan infrastruktur...
PAYA RUMPUT SEDIA AKSES PENDIDIKAN BERKUALITI
PAYA RUMPUT 14 Februari - Menyedia akses pendidikan berkualiti menjadi antara pencapaian utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
RUMAH PRR UNTUK B40 BAKAL DIBINA DI TAMAN PAYA EMAS
PAYA RUMPUT 14 Februari - Selepas menerima Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong, Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bakal menerima...
KEBAJIKAN RAKYAT BUKAN AGENDA BERMUSIM – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Februari - Menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang adalah satu amanah besar bagi...
