
Lelaki keldai akaun ditahan. mangsa kerugian hampir RM80,000
GEORGE TOWN 7 Ogos – Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM79,468 dalam kejadian di Bayan Lepas baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata lelaki berumur 42 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya di sini semalam, ekoran laporan polis dibuat oleh mangsa.
“Berdasarkan siasatan, mangsa telah tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman sosial Facebook sebelum berhubung dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi mengetahui mengenai pelaburan terbabit.
“Mangsa kemudian telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke beberapa akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM69,888 dan turut membuat pinjaman wang secara dalam talian serta membuat beberapa transaksi lagi dengan jumlah RM9,580,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata hingga kini mangsa tidak menerima pulangan pelaburan dan jumlah keseluruhan kerugian yang dialami oleh pengadu sebanyak RM79,468.
Menurut Kamarul Rizal, lelaki yang ditahan ialah pemilik akaun yang digunakan sindiket penipuan itu untuk memperdaya mangsa dan kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘FREE MARKET’ BAWA SENYUMAN KEPADA ORANG ASLI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 11 Mac - Penganjuran program Free Market Machap Jaya yang memasuki tahun ketiga terus memberi manfaat kepada penduduk...
3,880 PETAK PARKIR PERCUMA SEMPENA AIDILFITRI – MPJ
AYER KEROH 11 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan sebanyak 3,880 petak parkir percuma seluruh kawasan pentadbirannya selama seminggu...
MPHTJ PASANG LAMPU HIASAN, CERIAKAN SUASANA SEMPENA AIDILFITRI
AYER KEROH 11 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedang giat memasang lampu hiasan di lokasi tumpuan dan...
KETUA MENTERI SERAH SUMBANGAN RAMADAN PARLIMEN KOTA MELAKA
DUYONG 10 Mac - Kerajaan Negeri menyerahkan sumbangan bantuan Ramadan berjumlah RM15,000 yang akan disampaikan kepada 150 penerima terdiri daripada...
AB RAUF SANTUNI PENIAGA DAN PENGUNJUNG PASAR RAMADAN SEMABOK PERDANA
DUYONG 10 Mac - Suasana Pasar Ramadan Semabok Perdana diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
650 ANAK PARLIMEN JASIN TERIMA BAJU RAYA
BUKIT BARU 10 Mac – Inisiatif kongsi rezeki menceriakan seramai 650 anak-anak keluarga kurang berkemampuan sekitar Parlimen Jasin apabila masing-masing...
