
Lelaki lemas ketika memancing
KLEBANG 9 April – Seorang lelaki dipercayai hilang ketika memancing ditemukan lemas di Sungai Lereh di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazzil Yusof berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 10.08 malam tadi.
Katanya, setiba di lokasi kejadian, anggota bomba bertindak melakukan pencarian di kawasan persekitaran sungai namun tidak menemukan mangsa.
“Bagaimanapun sehingga jam 1 pagi, mangsa belum dapat ditemukan sebelum operasi pencarian membabitkan tujuh anggota bomba termasuk empat anggota pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Operasi pencarian dalam sungai ditangguhkan namun diteruskan menerusi kaedah pencarian di permukaan air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kira-kira satu jam kemudian, anggota bomba ternampak seperti tangan mangsa di dalam air.
“Mangsa berjaya ditemukan tidak jauh dari lokasi mangsa jatuh pada jam 2 pagi sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAKET KESELAMATAN KUKUH BUDAYA KESELAMATAN KAKITANGAN PUTRA SPECIALIST HOSPITAL
KOTA LAKSAMANA 12 April - Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd mengambil langkah proaktif memperkukuh keselamatan warga kerja menerusi pelancaran...
‘SITI NURHALIZA MELAKA’ MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 12 April - Persembahan artis tempatan 'Siti Nurhaliza Melaka' antara tarikan yang menceriakan suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka...
LIMPAHAN PEMBANGUNAN BUKTI TOK RAOP SAYANG MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 April - Biar setinggi manapun berada, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak pernah melupakan...
TOK RAOP RAIKAN PESARA POLIS, BAKAL HAJI PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 12 April - Kebajikan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bakal haji dalam Parlimen Masjid Tanah dijadualkan berlepas...
ALOR GAJAH: KAMPUNG KITA, SEMAI SEMANGAT CINTAKAN MELAKA
GADEK 12 April - Konsep Alor Gajah: Kampung Kita dibawakan sempena siri ke-12 Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR UBAH BIROKRASI, SELESAIKAN 1,983 ADUAN RAKYAT MELAKA
GADEK 12 April - Penyelesaian masalah pada kadar segera membuktikan keberkesanan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang kini memasuki...
