
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH POKOK TUMBANG DI SELANDAR
JASIN 28 November – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terbabas lalu melanggar pokok tumbang di Jalan Bukit Sedanan, Selandar pagi tadi.
Dalam kejadian pda jam 7.10 pagi itu, Tai Chong Fee, 49 tahun, bekerja sebagai pemandu jengkaut meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Machap menghala ke Nyala.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa terbabas lalu merempuh pokok tumbang di jalan terbabit. Mangsa kemudian tercampak ke dalam longkang di bahagian kiri jalan.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, RAKAN CEDERA ALAT KIMPALAN MELETUP
KLEBANG 13 Januari - Seorang lelaki maut manakala rakan sekerjanya melecur dalam insiden letupan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah kilang...
EXCO AGAMA MELAKA ARAH JAIM SIASAT DAKWAAN HOTEL ‘MESRA GAY’
MELAKA, 13 Jan - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diarah menyiasat dakwaan berkaitan sebuah hotel dipercayai ‘mesra gay’ di negeri...
RAKYAT MELAKA NIKMATI 100 JUALAN RAHMAH SETIAP BULAN
AYER KEROH 13 Januari - Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 100 Jualan Rahmah MADANI dianjurkan setiap bulan pada tahun 2026 bagi...
GUNTING RAMBUT PERCUMA MANFAATKAN 260 ANAK-ANAK DUN BEMBAN
BEMBAN 13 Januari - Seramai 260 murid sekolah di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima manfaat menerusi Program...
MCORP FOKUS DUA TANGGUNGJAWAB BESAR 2026
AYER KEROH 13 Januari - Perbadanan Melaka (MCORP) memberi tumpuan kepada dua tanggungjawab besar sepanjang 2026 iaitu memastikan kelangsungan prestasi...
TINGKAT TAHAP KESELAMATAN BANDARAYA, MBMB TAMBAH LEBIH 20 CCTV
AYER KEROH 13 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memasang lebih 20 unit kamera litar tertutup (CCTV) tambahan...
