
LINNAS 2025 MAIM BUKA JALAN ASNAF JANA PENDAPATAN
AYER KEROH 3 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada asnaf menjana pendapatan melalui Program Latihan Insan Asnaf (LINNAS) 2025.
Program MAIM melalui Bahagian Pembangunan Insan itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial yang menyasarkan golongan asnaf untuk dibimbing dalam bidang-bidang kemahiran terpilih.
MAIM menerusi kenyataan di laman rasminya memaklumkan, program itu menyediakan tiga siri latihan iaitu Kemahiran Asas Nurseri dan Landskap, Asas Kraftangan dan Gubahan serta Solekan dan Andaman.
Kursus akan berlangsung selama sehari pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang di Kolej Komuniti Jasin.
“Kemahiran Asas Nurseri dan Landskap diadakan pada 27 Julai 2025 (Ahad).
“Kemahiran Asas Kraftangan dan Gubahan pada 10 Ogos 2025 (Ahad) manakala Kemahiran Asas Solekan dan Andaman yang terbuka kepada wanita sahaja berlangsung pada 7 September 2025 (Ahad),” kata kenyataan itu.

Orang ramai khususnya golongan asnaf yang berminat boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan https://forms.gle/zHuprDa8NriQdfre8
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Insan, MAIM.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RINGGIT CECAH 3.99 BERBANDING DOLAR AS, PALING KUKUH DALAM TEMPOH LEBIH TUJUH TAHUN
KUALA LUMPUR 23 Januari - Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada pukul...
PENGALAMAN NAIK BOT TEMPUR, HADIAH HARI JADI UNTUK ANAK
KLEBANG 23 Januari – Peluang menaiki bot tempur Rejimen Gerak Khas (RGK) pada Karnival Tentera Bersama Rakyat Sempena Majlis Penutup...
MAIM PERKASA WAKAF KESIHATAN, BANTU ASNAF DAN GOLONGAN MEMERLUKAN
BANDARAYA MELAKA 23 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil langkah proaktif memperkasa wakaf kesihatan sebagai instrumen kebajikan perubatan...
SUMBANG BERAS UNTUK ORANG KAMPUNG SETIAP DUA MINGGU
DURIAN TUNGGAL 23 Januari – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil akan memperkenalkan satu program...
DULU SURI RUMAH, KINI PEMBUAT BATIK
MACHAP JAYA 23 Januari - Bermula dengan hanya 'langkah kecil' meluangkan masa kira-kira seminggu mempelajari pembuatan batik, sekumpulan suri rumah...
OPERASI LORONG BELAKANG: MPJ KELUAR 13 NOTIS AMARAN, 1 KOMPAUN
JASIN 23 Januari – Sebanyak 14 notis amaran dan kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam Operasi Pemeriksaan Taman Perumahan...
