
LOVE SCAM: TIGA LELAKI NIGERIA, SEORANG WANITA INDONESIA DITAHAN
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata kesemua individu terbabit berusia 39 hingga 47 tahun dan polis turut merampas pelbagai peralatan seperti komputer tiba dan telefon bimbit dianggar bernilai RM15,000 dalam serbuan kira-kira 2.45 pagi itu.
“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak enam bulan lepas dan suspek menjalankan kegiatan penipuan menerusi akaun Facebook menggunakan pelbagai nama samaran.
“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar, namun didapati menyalahgunakan dokumen berkenaan dengan menjalankan sindiket memperdaya mangsa dalam kalangan rakyat tempatan dan luar negara untuk mendapatkan wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa diperdaya dengan kata-kata manis dan kemudian diminta memindahkan sejumlah wang ke akaun e-dompet diberikan sindiket.
Dzulkhairi berkata kesemua individu itu kini direman hingga 25 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/1963.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.