Sorting by

×

MACAM-MACAM ADA DI JAMUAN AIDILFITRI AYER LIMAU MALAM ESOK

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dijangka berlangsung meriah dengan pelbagai hidangan menarik serta kehadiran ribuan pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, antara menu utama disediakan ialah ayam golek, nasi tomato serta pelbagai juadah tradisi hari raya.

Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri memaklumkan lebih 30 gerai makanan akan disediakan bagi memeriahkan sambutan tersebut.

“Pelbagai juadah hari raya disediakan untuk pengunjung dan kita jangka kehadiran kira-kira 10,000 tetamu seperti tahun lalu.

“Jamuan ini bukan sekadar menikmati hidangan tetapi menjadi platform mengeratkan silaturahim antara masyarakat tanpa mengira latar belakang dalam suasana penuh kemeriahan Aidilfitri,” katanya.

656822668 974852971719722 3717907300042802248 n

Beliau berkata penganjuran jamuan Aidilfitri berkenaan akan diadakan pada malam esok (27 Mac 2026) bermula jam 8 malam di perkarangan rumahnya di Kampung Seri Jeram.

“Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mihd Rustam serta Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dijangka hadir memeriahkan majlis dengan ketibaan sekitar jam 9 malam.

“Diharap jamuan ini dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana penuh kemeriahan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post WRUR ASAHAN: MPJ ANJUR ‘FUN WALK’ PUPUK GAYA HIDUP SIHAT KOMUNITI