
MAIM AGIH MAKANAN SUNNAH KEPADA ASNAF, ‘FRONTLINERS’
AYER KEROH 10 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) giat melaksanakan program turun padang bagi mengagihkan makanan sunnah kepada golongan asnaf serta petugas barisan hadapan sepanjang Ramadan.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan selepas selesai pengagihan bantuan Ramadan dan Syawal kepada golongan asnaf.
Menurutnya, program berkenaan diteruskan dengan menyantuni pelbagai golongan termasuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis serta petugas barisan hadapan.
“Selepas selesai menyerahkan bantuan Ramadan dan Syawal kepada asnaf, kita kini giat turun padang untuk mengagihkan makanan sunnah sebagai juadah berbuka puasa.
“Sebelum ini kita turut mengagihkan makanan sunnah kepada petugas barisan hadapan di Hospital Melaka serta pesakit di beberapa pusat dialisis,” katanya.
Tambahnya, antara makanan yang diagihkan termasuk juadah sunnah serta air zam-zam yang diharap dapat memberi manfaat kepada penerima.
“Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi kegembiraan kepada golongan asnaf di samping mendoakan agar mereka diberikan kesihatan yang baik untuk menyambut Syawal yang bakal tiba,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA BERUPAYA JADI HAB PENGELUARAN KERETA EV
ALOR GAJAH 10 Mac – Melaka berpotensi menjadi hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di negara ini selari dengan peningkatan jumlah...
WANITA ‘JINAKKAN’ PARI, MUNCUL JUARA PERTANDINGAN MEMANCING PANTAI PUTERI
PANTAI KUNDOR 10 Mac - Meminati dunia hanyir kerana sering mengikut suami memancing membawa tuah kepada Naziani Nadzir, 43. Ia...
KAK SOM PANTAU KEHIDUPAN ENAM BERADIK OKU
PENGKALAN BATU 10 Mac - Nasib enam beradik orang kelainan upaya (OKU) lembam yang sebelum ini hidup di rumah usang...
PENJAWAT AWAM MELAKA SAMBUT BAIK CUTI LANJUTAN, TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI
AYER KEROH 10 Mac - Cuti lanjutan sehari kepada penjawat awam Melaka sempena Aidilfitri yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri...
TUN DR MOHD ALI. SANTUNI PENJAWAT AWAM PADA MAJLIS IHYA RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac – Lebih 2,000 penjawat awam Negeri Melaka menghadiri Majlis Sambutan Ihya Ramadan Penjawat Awam Negeri Melaka...
TUN DR. MOHD ALI MOREH BERSAMA PENGAMAL MEDIA MELAKA
BANDA HILIR 10 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan penghargaan kepada petugas...
