Sorting by

×

MAIM AJAK AGENSI KORPORAT, NGO SANTUNI ANAK YATIM SEPANJANG RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BUKIT KATIL 26 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengalu-alukan kerjasama pelbagai pihak untuk bersama-sama menyantuni kebajikan, meraikan dan menceriakan anak-anak yatim di negeri ini, khususnya menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, antara yang dipelawa untuk menjayakan inisiatif itu adalah agensi kerajaan, syarikat korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Shaifulfazlee berkata, MAIM ketika ini menguruskan dua institusi kebajikan iaitu Kompleks Anak Yatim/Miskin Fatimah Al-Zaharah (KAYFAZ) di Bukit Katil bagi perempuan dan Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS) di Pantai Kundor untuk lelaki.

“Hasil kerjasama MAIM dan pihak berkenaan, insya-Allah akan membantu memastikan kebajikan anak-anak yatim ini terus terpelihara serta diberi perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama penghuni KAYFAZ, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shaifulfazlee berkata MAIM sentiasa terbuka menerima sebarang bentuk bantuan atau penganjuran program untuk anak-anak yatim pada bila-bila masa, dengan bulan Ramadan antara tempoh yang digalakkan.

“Kita tidak menetapkan bantuan hanya pada Ramadan semata-mata, namun sepanjang bulan puasa ini amat digalakkan kerana ia dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak yatim.

“Sekurang-kurangnya ia menjadi persediaan serta suntikan semangat buat mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

350
Kongsi :
Previous post SASAR SEJUTA GRADUAN POLYCC MENJELANG 2027
Next post POLIS PANGGIL PEGAWAI ATM BANTU SIASATAN PENYEBARAN MAKLUMAT SULIT