
MAIM ANJUR KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK ASNAF
AYER KEROH 1 Disember – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan At- Taqwa (BSAT) menganjurkan program berkhatan percuma khusus untuk anak asnaf.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohammad berkata, menerusi Program Khatan Anak Asnaf MAIM Tahun 2025, seramai 50 orang anak asnaf ditawarkan untuk menyertainya.
“Inisiatif penganjuran program ini adalah hasil kerjasama BSAT bersama Kluster Perubatan dan Kesihatan BSAT khusus untuk asnaf MAIM yang masih aktif bagi daerah Melaka Tengah.
“Program yang diadakan bersempena cuti sekolah ini terbuka untuk anak-anak berumur antara enam hingga 12 tahun sahaja selain untuk yang terawal sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, ibu bapa yang berminat menyertai program itu boleh membuatkan pendaftaran sebelum tarikh tutup pada 10 Disember depan.
“Program khatan ini akan diadakan di Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru pada 23 Disember. Justeru itu MAIM mengalu-alukan mereka yang layak untuk merebut peluang ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ISU SEWA, KESELAMATAN ANTARA DISUARAKAN PENIAGA SEBANG SENTRAL
GADEK 16 Januari - Isu keselamatan dan penyelenggaraan bangunan antara perkara yang dibangkitkan pada sesi dialog bersama 35 peniaga Terminal...
WANITA MAUT MOTOSIKAL DIREMPUH VAN LANGGAR LAMPU MERAH
ALOR SETAR 16 Januari - Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu isyarat merah...
MPHTJ SEDIA 10 TAPAK PASAR RAMADAN, DUA BAZAR AIDILFITRI 2026
AYER KEROH 16 Januari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan sebanyak 10 tapak pasar Ramadan dan dua tapak...
PENGANJURAN PELBAGAI PROGRAM PELANCONGAN RANCAKKAN JUALAN KRAFTANGAN
BANDA HILIR 16 Januari - Penganjuran pelbagai program pelancongan bertaraf nasional dan antarabangsa oleh Kerajaan Negeri bermula dengan kempen Tahun...
2 GELANGGANG SEPAK TAKRAW DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI
AYER KEROH 16 Januari - Dua gelanggang sepak takraw di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah...
BATIK MELAKA ‘MADE IN’ FELDA HUTAN PERCHA TAWAN DUNIA
MACHAP JAYA 16 Januari - Komuniti Felda Hutan Percha berganding bahu memartabatkan seni warisan tempatan dengan mengusahakan penghasilan Batik Melaka...
