Sorting by

×

MAIM BAIK PULIH DUA SURAU DI DUN KESIDANG

Masa Membaca:52 Saat

KESIDANG 19 November – Dua buah surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bakal dinaik taraf menerusi sumbangan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin berkata, dua surau tersebut adalah Surau At-Taqwa, Kampung Bertam dan Surau Al-Rahman, Kampung Bakar Batu.

Menurut beliau, sumbangan itu amat penting dalam memastikan kelesaan dan menjamin keselamatan umat Islam di rumah ibadat tersebut.

“Antara baik pulih yang dilakukan adalah membabitkan aspek penyelenggaraan, penambahbaikan kemudahan asas dan pembaikan struktur di surau terlibat.

“Usaha ini diharap dapat meningkatkan lagi fungsi surau sebagai pusat ibadah dan tempat berhimpun masyarakat setempat untuk aktiviti kemasyarakatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Dalam pada itu, Allex yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri menyatakan penghargaan di atas komitmen MAIM yang sentiasa cakna terhadap keperluan surau dan masjid di negeri ini.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para jemaah dan memperkukuh peranan surau sebagai nadi dan pusat penyatuan komuniti,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

316
Kongsi :
Previous post MELAKA WUJUDKAN PUSAT PENGUMPULAN HASIL TANI DALAM PASAR TAHUN DEPAN
Next post PASAR WILAYAH KOTA LAKSAMANA LEBIH SELESA, MODEN