
MAIM BIMBING PASANGAN MUALAF JADI KELUARGA BAHAGIA
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam membimbing saudara baharu di negeri ini menerusi pelbagai inisiatif dan program.
Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, bahkan pasangan mualaf yang baharu mendirikan rumah tangga juga turut dibantu.
Pada 24 dan 25 Januari lalu, seramai 16 pasangan mualaf telah menyertai Kursus Keluarga Bahagia Pasca Perkahwinan Mualaf Negeri Melaka yang dianjurkan MAIM.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu diadakan bertujuan mendidik dan membimbing pasangan mualaf yang baru mendirikan rumah tangga memahami hukum-hakam dan tanggungjawab dalam melayari bahtera perkahwinan serta hak-hak pasangan dalam Islam.
“Menerusi program ini, ia secara tidak langsung diharap dapat membantu pasangan saudara baharu ini mengharungi alam rumah tangga dengan penuh keberkatan dan keredaan Allah SWT,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, kursus tersebut telah dirasmikan Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIM, Datuk Mohd Nordin Samah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA UNTUK WARGA KASTAM
BANDARAYA MELAKA 27 Januari - Seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Melaka berpeluang menikmati keindahan Sungai Melaka menerusi...
MINDEF ALU-ALUKAN SEMUA NEGERI JAYAKAN ‘HANRUH’
PAYA RUMPUT 27 Januari - Semua negeri dalam Malaysia dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menjayakan matlamat HANRUH...
MINDEF PERUNTUK RM850,000 LAKSANA 17 PROJEK JIWA MADANI DI MELAKA
PAYA RUMPUT 27 Januari - Kementeri Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan RM850,000 bagi melaksanakan 17 Projek Jiwa Madani di Negeri Melaka sepanjang...
KPDN MELAKA JALANKAN 31,193 PEMERIKSAAN SEPANJANG TAHUN 2025
AYER KEROH 27 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka telah menjalankan sebanyak 31,193 pemeriksaan...
TEMPOH PERCUBAAN ‘NO RIGHT TURN’ PERSIMPANGAN DATARAN KLEBANG BERMULA HARI INI
AYER KEROH 27 Januari - Inisiatif 'No Right Turn' dilaksanakan di persimpangan Dataran Klebang bagi tempoh percubaan selama sebulan bermula...
POLIS PANGGIL PEGAWAI ATM BANTU SIASATAN PENYEBARAN MAKLUMAT SULIT
SUNGAI UDANG 26 Januari - Beberapa pegawai tentera telah dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran maklumat sulit berkaitan...
