Sorting by

×

MAIM BUKA RUANG, PELUANG USAHAWAN RIQAB TINGKAT TARAF HIDUP

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

JASIN 21 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam agenda pemerkasaan ekonomi asnaf menerusi pelbagai bentuk bantuan dan bimbingan.

Turut tidak terkecuali menerima bantuan adalah asnaf riqab, iaitu umat Islam yang dimerdekakan daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, antara bantuan yang diberikan adalah menerusi Program Peningkatan Kemahiran Usahawan Riqab (Orang Diselia) di Pusat Koreksional Jasin.

Program itu menyaksikan MAIM menerusi dana zakat telah menyumbang kepada pembinaan kafe yang bakal memberi ruang dan peluang kepada usahawan riqab meningkatkan kemahiran dan taraf kehidupan mereka pada masa akan datang.

“Bantuan Riqab ini merupakan bantuan melalui dana zakat dengan tujuan membebaskan umat Islam daripada belenggu masalah sosial dan akidah, seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram atau terperangkap dalam pemulihan akidah,” kata kenyataan tersebut.

Whatsapp image 2026 01 21 at 15.34.03
KAFE yang akan dibina menerusi Program Peningkatan Kemahiran Usahawan Riqab (Orang Diselia) di Pusat Koreksional Jasin. Foto MAIM

Terdahulu, MAIM telah mengadakan kunjungan mesra ke Pusat Koreksional Jasin yang diwakili Pengurus Baitulmal MAIM Mohd Hairulamin Mohd Sis, baru-baru ini.

Menurut MAIM, selain manfaat kepada usahawan riqab, bantuan itu juga turut disalurkan melalui pelbagai kaedah antaranya program bimbingan, rawatan dan pemulihan agar mereka kembali ke jalan yang diredai Allah SWT.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post PERJUANGAN 13 TAHUN PELIHARA KETURUNAN BABA NYONYA DIIKTIRAF JPN
Next post BEKAS PTD DAN ISTERI AKAN DIDAKWA ESOK, BEKAS PAT PADA JUMAAT