
MAIM CERIAKAN PESAKIT KANSER HATI
DURIAN TUNGGAL 10 November – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turun padang menyantuni asnaf Zaiya Tompang yang juga pesakit kanser hati di kediaman ya di Kampung Pulau, bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, baru-baru ini.
Program anjuran Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) itu turut melibatkan aktiviti gotong-royong membersihkan halaman dan mengecat kediaman Zaiya.
Selain itu MAIM turut menyampaikan sumbangan kit makanan katil, kabinet dapur dan meja makan bagi menceriakan Zaiya yang ketika ini sedang diuji dengan masalah kesihatan.
Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis hadir menyempurnakan gimik memasag plak program berkenaan.
Hadir sama Pegawai Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah, Siti Nadirah Ismail dan Ketua Unit BSAT, Haszlinda Zainal Abidin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUOTA BUDI95 DISELARASKAN SEMENTARA KEPADA 200 LITER SEBULAN MULAI 1 APRIL INI
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada...
JAMUAN RAYA DUN RIM DIJANGKA TERIMA LEBIH 5,000 TETAMU
AYER KEROH 26 Mac – Penganjuran Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kali ini tampil dengan...
BAS, VAN PERANTARA MUDAHKAN PENGUNJUNG KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 26 Mac - Sebanyak tiga bas dan dua van perantara disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan orang ramai dan...
PARAS EMPANGAN UTAMA MELAKA MEROSOT, RAKYAT DISARAN JIMAT AIR
AYER LIMAU 26 Mac - Paras air di semua empangan utama di negeri ini direkodkan merosot sehingga 25 peratus berikutan...
DAYANG NURFAIZAH, SENARIO BAKAL GAMATKAN RUMAH TERBUKA MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 26 Mac - Barisan artis popular tanah air bakal mewarnai sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada...
DUN TABOH NANING TUMBANG LEMBU BUAT TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 29 MAC INI
TABOH NANING 26 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan menyajikan pelbagai juadah ‘lauk...
