Sorting by

×

MAIM IMARAH RAMADAN DI PULAU BESAR

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 27 Februari – Pulau Besar diimarahkan dengan pelbagai program keagamaan dan pengisian kerohanian sepanjang Ramadan tahun ini.

Pegawai Bahagian Wakaf dan Mal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Aisamuddin Abdul Hamid berkata, seperti kebiasaan program seperti bersahur dan berbuka puasa menjadi antara rutin program yang diadakan pada setiap Ramadan.

Selain itu, ujarnya, solat tarawih secara berjemaah juga turut diadakan bagi menghidupkan suasana bulan penuh mulia ini di pulau berkenaan.

“Untuk makluman, Pulau Besar merupakan antara salah satu wakaf yang diuruskan MAIM dan oleh sebab itu, di bawah bahagian Wakaf dan Mal ini kita sentiasa mengimarahkan pulau ini dengan pelbagai program bermanfaat.

“Antara program itu adalah Mahabbah Bersama Jemaah Pulau Besar, di mana, ia membabitkan pengisian seperti solat tarawih penuh, bersahur dan berbuka puasa bersama,” katanya ketika bersiaran di Podcast Mana Lagi, Melaka Ler di Studio Melaka TV.

Selain pengimarahan Pulau Besar, Mohd Aisamuddin berkata, MAIM juga turut menyediakan bantuan Ramadan dan Syawal untuk asnaf fakir dan miskin menerusi wang fidyah, selain program-program Ihya’ Ramadan.

“Selain itu, kita juga turut mengadakan siri jelajah baitulmal di masjid dan surau seluruh Negeri Melaka terutamanya dalam siri program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR).

“Menerusi program ini, kita akan menyampaikan taklimat kepada jemaah mengenai semua perkhidmatan yang ada di bawah MAIM,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

462
Kongsi :
Previous post DUA MAUT KEMALANGAN KERETA DI JALAN SERKAM–BEMBAN
Next post MPAG PASTIKAN PENIAGA PASAR RAMADAN CAKNA KEBERSIHAN, KUALITI MAKANAN