Sorting by

×

MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN RAMADAN, SYAWAL

Masa Membaca:56 Saat

TELOK MAS 3 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah ke kesemua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri Melaka bagi menyalurkan bantuan persiapan Ramadan dan Syawal kepada golongan asnaf.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, program itu telah bermula di tiga DUN serentak iaitu Banda Hilir, Telok Mas dan Rim pada 3 Februari sebelum diterukan di DUN-DUN lain.

“Bantuan ini melibatkan bantuan persediaan Ramadan dan Syawal, selain agihan wang fidyah bagi membantu meringankan beban asnaf dalam dua kategori iaitu asnaf fakir dan miskin menyambut puasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Pengagihan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal (Zakat Fitrah & Fidyah) Kepada Asnaf Fakir Serta Fakir Miskin MAIM Tahun 2026/1447H Peringkat DUN Telok Mas di Dewan Komuniti KEMAS Telok Mas, di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Shaifulfazlee berharap penerima dapat memanfaatkan sumbangan yang diterima sebaiknya dalam membantu keluarga sepanjang Ramadan dan Syawal tahun ini.

625158648 1334987445329446 2495336865016724724 n 625326421 1334987508662773 3540322430757107023 n 626058541 1334987555329435 3754030090023425368 n

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

564
Kongsi :
Previous post IFTAR MEGA ‘ALA DULU-DULU’, KACAU DODOL WARNAI PELANCONGAN MELAKA SEMPENA RAMADAN