Sorting by

×

MAIM PERKASA PENDIDIKAN PINTAR DI SEKOLAH AGAMA

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 31 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) komited memperkasa pendidikan pintar di sekolah agama di negeri ini.

Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis berkata, bagi mendukung hasrat itu pihaknya akan menumpukan pelbagai bentuk bantuan kepada sekolah agama melibatkan sumbangan kemudahan berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Jelasnya, kemudahan terkini amat penting dalam era masa kini, di mana ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran terkini dan lebih interaktif di setiap sekolah agama di negeri ini.

“Seperti mana kita tahu pendidikan ini tidak boleh lagi berada ditakuk lama seperti kaedah tradisional menggunakan kapur, kertas, pen dan sebagainya.

“Negara sudah pun beralih kepada fasa pendidikan pintar seperti di sesetengah sekolah kebangsaan, di mana ada di antaranya menggunakan televisyen pintar dan kemudahan teknikal yang lain untuk memudahkan proses pembelajaran.

“Di peringkat MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pun kita telah merangka beberapa strategi untuk memberikan lebih banyak pendekatan dan pendidikan berasaskan kepada ICT, di mana bahan kelas, bahan pengajaran, teks semua diberikan dalam konteks pendedahan yang sesuai dengan peredaran zaman sekali gus memastikan sistem pendidikan Islam Negeri Melaka ini tidak ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Sumbangan Manfaat Tabung Amal Jariah MAIM Tahun 2025 di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Taman Datuk Tamby Chik Karim (TDTCK) di Taman Merdeka, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan masyarakat untuk bersama menyumbang kepada Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) supaya supaya dapat menyumbang kepada pemerkasaan bidang pendidikan agama di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

608
Kongsi :
Previous post WRUR: BANGUNAN TAMBAHAN SJKC CHABAU SIAP JANUARI 2026
Next post WRUR: RAKYAT MELAKA RUGI RM68 JUTA ANGKARA JENAYAH SIBER