Sorting by

×

MAIM PERUNTUK LEBIH RM7.9 JUTA UNTUK BANTUAN RAMADAN, SYAWAL

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

LENDU 29 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan lebih RM7.9 juta bagi pelaksanaan Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal (BPRS).

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, bantuan itu diagihkan bermula 3 Februari merangkumi BPRS bagi asnaf fakir dan miskin berjumlah RM6.693 juta selain RM1.158 juta khusus untuk bantuan persediaan Ramadan mualaf.

“Bagi pecahan peruntukan asnaf fakir dan miskin, ia meliputi bantuan Ramadan sebanyak RM4,112,700 juta, fidyah (RM1,290,150 juta) dan bantuan persediaan Syawal (RM1,290,150 juta).

“Manakala Bantuan Persediaan Syawal Mualaf pula melibatkan peruntukan RM112,500 dengan kadar RM150 seorang kepada 750 penerima yang dikreditkan ke akaun penerima selewat-lewatnya seminggu sebelum Syawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di sekolah berkenaan, di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu merangkap Ketua Menteri Melaka ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat; Pengerusi Lembaga Pengelola SM Imtiaz Ulul Albab Melaka Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam serta kenamaan lain.

Tambahnya, Bantuan Persediaan Ramadan Mualaf akan dilancarkan pada 8 Februari 2026 dengan agihan bermula dari 21 hingga 26 Februari melalui kaunter khas dan diteruskan sehingga 14 Mac 2026.

“Mualaf dewasa akan menerima bantuan sebanyak RM450 seorang, manakala mualaf kanak-kanak menerima RM200 seorang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

446
Kongsi :
Previous post KEBAJIKAN, KESELESAAN RAKYAT FOKUS PELAN STRATEGIK 5 TAHUN MPAG
Next post NAIK TARAF BULATAN TOL SIMPANG AMPAT DIJANGKA BERMULA PENGHUJUNG 2026