Sorting by

×

MAIM, PUSPEN TIANG DUA BANGUNKAN PROJEK TERNAKAN ARNAB

Masa Membaca:59 Saat

AYER MOLEK 16 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Tiang Dua menjalin kerjasama membangunkan projek ternakan arnab.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, projek itu diusahakan di PUSPEN Tiang Dua melalui dana zakat Riqab.

“Projek arnab ini juga merupakan antara projek perintis bagi menghasilkan daging arnab yang berkualiti untuk jualan tempatan melalui penjagaan serta pemeliharaan rapi bersama penghuni PUSPEN ini,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, projek tersebut dirasmikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Rahmad Mariman bersempena Majlis Ihya Tarbawi Ramadan (IHTIRAM) anjuran MAIM dan PUSPEN Tiang Dua pada 12 Mac lalu.

Hadir sama, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat PUSPEN Tiang Dua Datuk Azmi Hussain; Pengarah PUSPEN Tiang Dua, Maizura Zakaria; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis dan Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) Abdullah Shahir Arifin Ahmad Fadzil.

Terdahulu, turut diadakan Turut diadakan Majlis Apresiasi Prima-KAQSA siri 2 dengan meraikan kejayaan penghuni PUSPEN menamatkan pembelajaran dalam bidang hafazan al-Quran dengan kerjasama KAQSAsecara percuma.

Program itu bertujuan melahirkan individu yang cakna al-Quran dan mampu berjaya dalam bidang kemahiran dan agama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

273
Kongsi :
Previous post MASALAH HAID TIDAK TERATUR – NORMAL ATAU TANDA PENYAKIT?
Next post MPAG HIDUPKAN RAMADAN, KONGSI KEGEMBIRAAN SEMPENA SYAWAL