Sorting by

×

MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK

Masa Membaca:47 Saat

KESIDANG 18 Mac – Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji dengan bencana ribut, kelmarin.

Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar rumah mengalami kerosakan teruk, antaranya bumbung tercabut, selain struktur rumah yang tidak stabil.

Prihatin dengan musibah yang berlaku, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah hadir menyampaikan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa terlibat.

MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan, bantuan yang disalur adalah berbentuk wang tunai dan kit makanan kepada mangsa-mangsa terlibat.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung mangsa dan insya-Allah bantuan-bantuan lain akan menyusul oleh beberapa agensi berkaitan.

“Semoga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian menjelang Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang Allex Seah Shoo Chin bersama pemimpin setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

310
Kongsi :
Previous post MELAKA TUMPU PULIHKAN KOPERASI TIDAK AKTIF
Next post DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT