
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di negeri ini.
Penyampaian sumbangan itu diadakan pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kit Mesra Ibadah sempena Program Hospital Kluster Melaka bertempat di Pusat Islam Melaka Bukit Palah, di sini, semalam.
MAIM dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 40 kit mesra ibadah diserahkan kepada Hospital Melaka, manakala masing-masing 30 kit mesra ibadah kepada Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah.
Jelas MAIM, kit mesra ibadah itu merangkumi sejadah, tasbih digital, debu tayamum, cecair pembasmi kuman (sanitizer), bekas spray wuduk dan kod respon pantas (QR) panduan solat JAKIM.
Terdahulu majlis penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad dan hadir sama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka (Perubatan), Dr. Azhar Mohd Sali.
Kit mesra ibadah kepada Hospital Melaka diterima Timbalan Pengarahnya, Dr. Sairatul Mawarnita Ishak, Hospital Jasin pula oleh Pengarahnya Dr. Rabiatun Yasin, manakala Hospital Alor Gajah diwakili Pegawai Kualiti Hospital, Dr. Mohd Zulfadhli Mohd Hanis.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SKM MELAKA SALUR ZAKAT WAKALAH RM20,000 KEPADA 10 MASJID
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 buah...
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
KETUA MENTERI RAI PETUGAS PEMBERSIHAN SWM
AYER LIMAU 17 Mac - Peranan dimainkan oleh setiap petugas pembersihan dianggap amat besar terutama dalam menyokong usaha pembangunan negeri...
AIDILFITRI: MELAKA TINGKAT KUALITI JALUR LEBAR UNTUK KESELESAAN ANAK PERANTAU
ASAHAN 17 Mac - Kualiti liputan jalur lebar di Melaka, khususnya dalam kawasan luar bandar dipertingkat bagi memberi keselesaan kepada...
MBMB TERUS MELAKAR KEJAYAAN – KM
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merangkul 35 pengiktirafan dan anugerah...
LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
ALOR GAJAH 17 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah...
