
Malaysia perlu keluar produk kritikal – PM
KUALA LUMPUR 18 Julai – Malaysia perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan produk-produk kritikal, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ia merangkumi sektor makanan dan minuman, peranti perubatan, ubat-ubatan, petrokimia serta peralatan perlindungan peribadi seperti sarung tangan dan pelitup muka.
“Apabila negara mempunyai keupayaan tersebut, maka kita mampu mengurangkan aliran keluar mata wang Malaysia dan seterusnya meningkatkan eksport barangan tempatan,” katanya ketika melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Suria KLCC di sini, hari ini.
Justeru, katanya kerajaan sedang mengkaji dan menilai semula dasar sedia ada untuk mengurangkan kebergantungan pada produk import dan memberikan keutamaan kepada pembinaan keupayaan industri tempatan mengeluarkan produk buatan Malaysia.
-BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya...
MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
ASAHAN 4 April - Kerajaan Melaka mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam negeri. Ketua...
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
PENANTIAN GENERASI KEDUA FELCRA BAKAL BERAKHIR
ASAHAN 4 April - Penantian 106 generasi kedua Felcra Desa Mesra Perdana, Bukit Sedanan, di sini, untuk memiliki tanah sendiri...
RAKYAT GEMBIRA SIMBOL ASAHAN SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Mentadbir sebuah kawasan terbesar dalam Negeri Melaka yang berkeluasan 214 kilometer persegi bukanlah sesuatu yang mudah...
‘WELLNESS HUB’ BANTU PESERTA TURUNKAN BERAT BADAN
TELOK MAS 4 April - Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mendapat maklum balas positif daripada masyarakat setempat yang melihat inisiatif...
