
Mangsa banjir di Melaka meningkat
MELAKA 2 Nov – Seramai 159 orang daripada 40 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah susulan banjir kilat yang melanda sekitar Durian Tunggal, lewat petang semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS yang dibuka malam tadi ialah PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Wah yang menempatkan 81 orang daripada 19 keluarga.
“Turut dibuka ialah PPS Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal yang menempatkan 54 orang daripada 11 keluarga yang dipindahkan ke situ bermula 10.30 malam tadi.
“Satu lagi PPS turut dibuka di SK Durian Tunggal yang menempatkan 24 orang daripada 10 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN TABOH NANING TUMBANG LEMBU BUAT TETAMU RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 29 MAC INI
TABOH NANING 26 Mac - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning akan menyajikan pelbagai juadah ‘lauk...
POSKAD EDlSl KHAS PERCUMA UNTUK 500 PENGUNJUNG PAMERAN SETEM
BANDA HILIR 26 Mac - Pengunjung Muzium Sejarah dan Etnografi berpeluang mendapatkan poskad khas secara percuma sempena Pameran Setem &...
MACAM-MACAM ADA DI JAMUAN AIDILFITRI AYER LIMAU MALAM ESOK
AYER KEROH 26 Mac – Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dijangka berlangsung meriah dengan...
WRUR ASAHAN: MPJ ANJUR ‘FUN WALK’ PUPUK GAYA HIDUP SIHAT KOMUNITI
JASIN 26 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak orang ramai menyertai 'Fun Walk' sejauh tiga kilometer sempena Program Komuniti...
9 SEKOLAH DUN KESIDANG TERIMA SUMBANGAN RM45,000
KESIDANG 26 Mac - Sebanyak RM45,000 diperuntukkan kepada sembilan buah sekolah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bagi menyokong...
MELAKA PERKENAL SISTEM eDUN JULUNG KALI APRIL INI
KUALA LINGGI 26 Mac - Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas yang dijadual pada penghujung April...
