
MANGSA BANJIR DI MELAKA MENURUN, HANYA 3 PPS MASIH DIBUKA
AYER KEROH 29 November – Mangsa banjir di Melaka menurun hari ini dengan hanya tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.
Menurut maklumat di laman web InfoBencanaJKM, setakat jam 4 petang, hanya 87 mangsa daripada 26 buah keluarga masih ditempatkan di PPS.
Kesemua mereka membabitkan penduduk di daerah Alor Gajah, di mana tiga PPS itu adalah Dewan Japerun Ayer Limau, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Jernih dan Balai Raya Kampung Seri Jeram.
Daripada jumlah keseluruhan itu, bilangan mangsa tertinggi ditempatkan di PPS Dewan Japerun Ayer Limau iaitu membabitkan 58 orang daripada 19 keluarga termasuk 13 kanak-kanak dan seorang bayi.
Ia diikuti 22 mangsa daripada lima keluarga di PPS SK Air Jernih dan tujuh lagi mangsa daripada dua keluarga di PPS Balai Raya Kampung Seri Jeram.
Semalam, Melaka merekodkan lebih 300 mangsa banjir membabitkan dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah dengan sebanyak lapan PPS telah dibuka susulan hujan berterusan impak daripada Ribut Tropika Senyar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIADA ADUAN HARGA ‘CEKIK DARAH’ DI BAZAR RAMADAN, AIDILFITRI MELAKA
AYER KEROH 28 Februari – Tiada sebarang aduan diterima berhubung kenaikan harga barang atau makanan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri...
99 PERATUS PENIAGA EMPAT BAZAR RAMADAN MPHTJ PATUH PERATURAN
KESIDANG 28 Februari – Sebanyak 99 peratus peniaga di empat bazar Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mematuhi...
YB RAIS, SAMB SINARI SYAWAL 53 ANAK YATIM
AYER KEROH 28 Februari - Seramai 53 anak yatim dari Parlimen Tangga Batu diceriakan menjelang Aidilfitri menerusi Program Sinar Syawal...
LEBIH 800 WANITA HANG TUAH JAYA IMARAH MAHABBAH AL-QURAN
PENGKALAN BATU 28 Februari - Kejayaan menghimpunkan lebih 800 peserta pada Mahabbah al-Quran Perdana Wanita Hang Tuah Jaya 2026 menjadi...
BELANJA RM20 DI BAZAR IKONIK, LAYAK DAPAT BAUCAR MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 28 Februari – Pengunjung Bazar Ikonik Banda Hilir yang berbelanja minimum RM20 berpeluang menerima diskaun 20 peratus menaiki...
KETUA MENTERI JEMPUT GENG ‘RIDER’, PENGGIAT GIG MOREH BERSAMA
AYER KEROH 28 Februari - Semua penggiat gig termasuk penghantar makanan (p-hailing) dan e-hailing dipelawa untuk bersama-sama Ketua Menteri dalam...
