
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November – Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 231 orang berbanding 268 petang tadi.
Jumlah itu direkodkan setakat jam 8 malam tadi membabitkan 64 buah keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah PPS yang dibuka masih kekal tiga iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, Dewan Japerun Pantai Kundor dan SK Taman Bukit Rambai.
“SK Tanjung Minyak 2 masih merekodkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 181 orang membabitkan 48 buah keluarga.
“Ia diikuti 35 mangsa daripada 11 keluarga di Dewan Japerun Pantai Kundor dan hanya 15 mangsa membabitkan lima keluarga di PPS SK Taman Bukit Rambai,” kata kenyataan itu.
Menurut Sekretariat berkenaan, setakat jam 8 malam juga, terdapat lima kawasan masih terjejas banjir iaitu Taman Rambai Jaya, Taman Rambai Utama, Kampung Bukit Datuk A, Taman Rambai Indah dan Kampung Pantai Kundur.
Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir yang berlaku petang tadi turut menyaksikan beberapa kawasan di Masjid Tanah dinaiki air berdasarkan rakaman video orang awam
Bagaimanapun setakat ini, belum ada mangsa dipindahkan ke PPS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LAKAR LEBIH 200 PENCAPAIAN DALAM 3 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
MELAKA MAJUKAN LEBIH 432 EKAR TANAH ADAT
AYER KEROH 9 Mac - Sebanyak 432.04 ekar Tanah Adat Melaka telah berjaya dimajukan melalui pelbagai projek pembangunan yang memberi...
AIDILFITRI: HAMPIR 40,000 PARKIR PERCUMA DI MELAKA SELAMA 7 HARI
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bersetuju memberikan parkir percuma kepada rakyat dan pelancong selama tujuh hari sempena Hari Raya...
MELAKA SANTUNI LEBIH 26,000 ASNAF SEMPENA RAMADAN
AYER KEROH 9 Mac - Lebih 26,000 asnaf telah disantuni Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA CATAT NILAI PELABURAN TERTINGGI DALAM 22 TAHUN
AYER KEROH 9 Mac - Melaka terus melakar pencapaian membanggakan dalam sektor pelaburan apabila berjaya memecah rekod selama 22 tahun....
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT PADA 28 MAC
AYER KEROH 9 Mac - Melaka bakal menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2026 pada 28 Mac 2026 (Sabtu). Ketua Menteri Datuk...
