
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 55 orang
AYER KEROH 17 April – Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 55 orang, setakat jam 12 tengah hari tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, jumlah itu membabitkan seramai 14 buah keluarga yang kesemuanya dalam daerah Alor Gajah.
Jelas beliau, setakat ini kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balairaya Bukit Balai Durian Tunggal yang dibuka pada jam 9 malam tadi.
“Setakat ini hanya daerah Alor Gajah terjejas dengan banjir iaitu membabitkan sebanyak 10 kawasan antaranya Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Durian Tunggal dan Kampung Paya Keladi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal.
“Selain itu, ia turut membabitkan Kampung Tabuh Naning, Pekan Lubok China, Kampung Sungai Jernih, Taman Masjid Tanah Ria, Kampung Brisu dan Kampung Pulau,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENDUDUK LEGA ISU BANJIR KILAT SEMAKIN BERKURANGAN
PAYA RUMPUT 15 Oktober - Penduduk Taman Krubong Perdana kini menarik nafas lega apabila masalah banjir kilat di kawasan mereka...
PTPTN SALUR DANA WAKALAH ZAKAT BANTU PENDIDIKAN ANAK ASNAF
LENDU 15 Oktober - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka terus menunjukkan keprihatinan dalam membantu anak-anak asnaf menerusi...
PMR 2025 MELAKA: 6 TAPAK PARKIR UNTUK PENGUNJUNG, KENDERAAN PERANTARA DISEDIAKAN
JASIN 15 Oktober - Sebanyak enam tapak letak kenderaan disediakan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025...
MPAG MAHU LAHIRKAN PENGGUNA PEKA ANCAMAN SIBER
REMBIA 15 Oktober - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) berhasrat melahirkan masyarakat dan warga kerja yang lebih peka terhadap ancaman...
PESAKIT KANSER TERLANTAR TERHARU TERIMA BANTUAN MAIM
DURIAN TUNGGAL 14 Oktober - Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Itulah gambaran mengenai nasib Mohd Shaiful Reduwan Mohd Said, 43. Hidup...
PMR 2025 MELAKA LAIN DARIPADA YANG LAIN
AYER KEROH 14 Oktober - Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 yang bakal berakhir di Melaka pada 17 hingga 19 Oktober...